Saturday, December 18, 2010

Kisah Waiter

Seorang lelaki pergi ke sebuah restoran dan memesan semangkuk sup.Kemudian seorang pelayan datang membawa sup tersebut dengan jarinya tercelup di dalam sup tersebut, tetapi lelaki tersebut mengabaikan perkara tersebut. 

Pelayan tersebut bertanya, “Adakah tuan mahu memesan apa-apa lagi?. Kami ada daging panggang yang sangat enak hari ini”.

“Macam sedap, baiklah saya mahu memesan daging penaggang tersebut”,kata lelaki tersebut.

Kemudian pelayan tersebut membawa daging panggang tersebut, tetapi jarinya diletakkan di dalam daging tersebut. Lelaki tersebut menjadi sangat marah tetapi masih lagi dapat mengawal perasaan marahnya.

“Adakah tuan mahu memesan pai epal?” Tanya pelayan tersebut.
“Baiklah” Kata lelaki tersebut. 
Kemudian pelayan tersebut membawa pai epal tersebut dan kali ini jarinya dicucukkan ke dalam pai epal tersebut. Perasaan marah lelaki itu semakin membuak-buak.
“Adakah tuan mahu kopi?” tanya pelayan tersebut dan lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya. Kemudian pelayan tersebut membawa secawan kopi dan jarinya di dalam kopi tersebut. Kali ini lelaki tersebut tidak dapat menahan lagi kemarahannya.

“Apa yang kau buat ni hah?!! Setiap kali kau bawak makanan, mesti jari kau di dalam makanan tu.!!” Marah lelaki tersebut.

“Maafkan saya tuan, jari saya ni ada penyakit dan doktor menyuruh saya sentiasa meletakkan jari saya ini ke dalam sesuatu yang panas dan lembab.” Jawab pelayan tersebut.

“Habis tu, kenapa tak letak je dalam lubang punggung kau?!!!”. Marah lelaki tersebut.

“Habis tu, mana tuan fikir saya letakkan jari saya tu masa di dapur?” Jawab pelayan tersebut.

Friday, July 30, 2010

JANGAN BERSEDIH PERAWAN MALAM KU

Hujan malam datang lagi menyimbah
desir angin kian meresah gelisah
bertiuplah khabar dari jauh
kenangan pun 
tersinggah indah

hujan bernyanyi 
dedaun pun menari
ku dikedinginan malam 
kau kah itu rindu
yang membawakan salam
dari dermaga luka
bercucuran air mata
tertumpah dibaju

ku dihiburkan resah hujan malam
lagu sendu dari sarat hasrat
kerinduan turun tertimpa melebat
daun daun bertebaran
hanya satu 
kupunggut kusimpan
dimalam kelam 
kusembunyikan 
dalam hatiku
sejauh jauh
sedalam dalam
sentuhan warna
coretan lukisan
ilusi dan nyata

kekasih
usahlah bersedih
aku harap kau tahu itu
siapa kah dia perawan malam
yang sering kutunggu
menjelmalah
dalam mimpi mimpi sugulku.

Wednesday, July 28, 2010

cara jawap telefon yg betul

"Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo... ... 
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya... 
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.

12. Soalan: assalammualaikum... 
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib jawab)

Tuesday, July 27, 2010

Anak Sapa la ni?

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama.

Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.

Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih.

Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar?..

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu?bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluk jantan keluar kat dahi?. Tok kadi mula senyum? Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar.

Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana? taik gajah? besar betul..nak2 bila gajah makan durian.

Wednesday, June 9, 2010

sebelom akad nikah

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah
kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila
ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut
sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku
tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.
Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis
macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang
tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu
soalan yang menyebabkan aku malu besar?..

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan
lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2
najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun
angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi contoh
najis besar,
 mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula
tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu?bukannye
susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh
jantan keluar kat dahi?.tok kadi mula senyum? Aku sebut dalam hati moga2 dia
dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati
dia tak dengar.
Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi
kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum
air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun
sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2
aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku
pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya
tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.tapi bila
pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan
gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ? 
taik gajah? besar betul..!!!!

Tuesday, June 8, 2010

KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. 

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia." 

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?" 

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)." Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. 
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. 

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah. 

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)." 

Thursday, April 22, 2010

Wong Ah Beng di Pusat Membeli-belah

Ini adalah wa punya pemerhatian terhadap perlakuan social yg seling boleh dilihat di pusat2 membeli belah di tanah ayer..

Awek cun + balak hensem
Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.

Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Silapelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.


Awek tak cun + balak hensem
Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang... Inseculity ploblem..

Awek tak cun + balak tak hensem
Ini couple talak sapa pedulik punya..no komen..

Group of girls + 1 guy
Selalunya berlaku di kedai makan.. Seolang lelaki di kelilingi kawan-kawan pelempuan nya. Sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan meleka. Lu akan pelasan, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka (tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak)

Awek cun berpakaian seksi
Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan ada happy. ini awek pun sebegitu jua.

Awek tak cun berpakaian seksi
Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan "I wear sexy and I feel good" ataupun "I have the right to wear anything I want"... Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka Tatau apa mau cakap lagi woo..

Friday, April 16, 2010

PERBEZAAN DI PENJARA & TMPT KERJA

DI PENJARA
-       masa dihabiskan dalam bilik berukuran 8'X10' .
-       dapat makan 3 kali – free
-       dapat time off  jika berkelakuan baik. 
-       pengawal akan kunci dan buka pintu untuk anda ..  
-       boleh menonton TV dan play games 
-       kaum keluarga dan sahabat 
dibenarkan melawat..
-       semua perbelanjaan ditanggung kerajaan tanpa perlu buat kerja . 

DI TMPT KERJA
-         masa dihabiskan dalam partition 6'X8'
-         dapat makan mungkin 1 kali atau 2 kali, itu pun kena bayar sendiri
-         dapat kerja lebih jika berkelakuan baik
-         sendiri mesti jaga, pintu sendiri buka dan kunci, khususnya pintu tandas  .
-         awak akan dipecat jika asyik tengok TV atau play games .
-         Tidak dibenarkan menerima pelawat daripada kaum keluarga..                       
-         semua perbelanjaan kena bayar sendiri, kena kerja untuk dapat duit, bayar cukai untuk digunakan oleh banduan dalam penjara ,...

Humm? 

Mana tempat lebih baik
 ???? 

tunggu apa lagi
 .........

Monday, April 12, 2010

Kalau suami .... jika suami


KALAU SUAMI 

Kalau suami mula berahsia.. 
Itu tandanya dia tak setia 

Kalau suami meninggi suara 
Itu tandanya dia dah ada mak we 

Kalau suami mengaku bujang tua 
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara 

Kalau suami selera tak ada 
Itu tandanya dia nak pasang dua 

Kalau suami lambat balik aje 
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia

tidur di ruang tamu 
Itu tandanya dia dah jemu 

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu 
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu 

Kalau suami garang macam singa 
Itu tandanya hati dia dah tak cinta 

Kalau suami asyik komplen aje 
Itu tandanya dia dah tak suka 

Kalau suami mula sepak terajang ke muka 
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..
JIKA SUAMI 

Jika suami sayangkan isteri 
Dapat gaji semua diberi 

Jika suami sayangkan isteri 
Kerja rumah rela dikongsi 

Jika suami sayangkan isteri 
Kereta diberi suami naik LRT 

Jika suami sayangkan isteri 
Duit poket diberi setiap hari 

Jika suami sayangkan isteri 
SMS dikirim tanda rindu dihati 

Jika suami sayangkan isteri 
Kongsi masalah nasihat dikasi 

Jika suami sayangkan isteri 
Diberi ciuman setiap pagi 

Jika suami sayangkan isteri 
I love U, I miss U katanya setiap hari 

Jika suami sayangkan isteri 
Isteri gemuk, dikatakan seksi 

Jika suami sayangkan isteri 
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari 

Jika suami sayangkan isteri 
Kemana sahaja dibawa pergi 

Jika suami sayangkan isteri 
Sentiasa jujur perihal diri 

Jika suami sayangkan isteri 
Status berkahwin bangga sekali 

Jika suami sayangkan isteri 
Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 : 
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ? 
JIKA SUAMI .. lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana 
rumahtangga anda umpama SYURGA. 
TETAPI .... 
KALAU SUAMI.... lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. ... 
wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA. 

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 : 
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia 
NERAKA ????? 
JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH 
BIDADARIMU DI DUNIA INI.. 
DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA 
OLEH YUHAN YG MAHA ESA....

Sunday, April 11, 2010

phsycology warne..


Emas-
Positif: Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan. Memiliki kemampuan kuasa semula jadi yang besar, sabar dan bijaksana serta suka menolong.
Negatif: Gemar menyendiri dan bersikap terlalu tertutup.

Putih
Positif: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.
 Negatif: Boros berbelanja

Kuning
Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.
 Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah.

Merah
Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.
 Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.

Hijau
Positif : Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu.
 Negatif: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot.

Merah jambu
Positif : Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.
 Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.

Coklat
Positif: Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan. Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda juga gemar menambahkan ilmu di dada.
 Negatif: Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was dan takut berbuat salah.

Perak
Positif: Mendengar kata dan pendengar yang baik dan disenangi orang lain.
 Negatif: Mudah putus asa dan cepat merendah diri.

Ungu
Positif: Suka berjenaka dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah.
Mempunyai inisiatif yang keinginan yang tinggi dan meluap-luap.
 Negatif: Sombong dan sedikit emosi.

Hitam
Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.
 Negatif: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung.

Kelabu
Positif: Mendengar kata dan suka merendah diri. Sentiasa tenang dan suka mengalah, serta mudah berkorban.
 Negatif: Cengeng dan agak pemalas

Jingga
Positif: Ramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.
 Negatif: Cengeng dan cepat mengalah dengan tekanan.

Biru
Positif: Ada ketenangan atau kesejukan dalam diri anda dan juga menjadi warna kegemaran ramai. Cintakan kedamaian dan berharap dicintai ketika berada di mana-mana. Selain bertanggungjawab dan pandai menyimpan wang anda sering membuat orang lain berperasaan yang sama terhadap pandangan anda.
 Negatif: Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan ada kala bersifat angkuh.