Wednesday, May 18, 2011

Semua sekali



Pada satu hari yang dingin, burung-burung berkicauan, suasana aman dan tenteram sekali. Tersebut la akan alkisah 2 orang mamat yang merancang ingin merompak bas ekspress dan penumpang-penumpang bas tersebut. Maka pada suatu ari, seawal pagi tatkala semut pun baru start nak bersenam, mereka telah menunggu dalam sebuah kereta di tepi jalan untuk menahan mana-mana bas ekspres yang lalu di jalan tersebut. Setelah beberapa lama menunggu, tiba-tiba datangla sebuah bas bewarna biru. Terlihat saja bas tersebut, tanpa memikirkan masa depan, 2 orang mamat ni pun memblokkan kereta mereka sehingga bas tersebut terpaksa membrek secara kecemasannya. Berhenti saja bas tersebut, 2 orang pemuda itu mengacukan pistol ke arah drebar bas dan memaksa drebar bas membuka pintu bas tu. Drebar bas pun buka la pintu bas dan secara sepantas kilatnya 2 orang mamat ni terus naik ke dalam bas dan berkata kepada penumpang2 dalam bas tersebut :-
Mamat 1 : Jangan sape2 pun bangun dan buat bising. Ni satu rompakan. Keluarkan semua barang berharga.
Minah 1 (Penumpang bas) : Nak keluarkan apa bang, kami mana ada bawak emas ke berlian ke, kami ni nak pegi kerja je ni ha, dah lewat ni. Bekal nasik ada la..
Terdengar saja cakap dari salah sorang minah tu, 2 orang mamat ni pun turun dari bas dan melihat bas tu dari luar. Baru la mamat2 ni tahu yang bas mereka blok tu rupa-rupanya bas kilang. Patut la warna biru dn patutla semua pakai baju biru...Bas Kilang upernyer. Oleh itu, dengan selambanya mamat2 tu naik semula dalam bas.
Mamat 2 : Kalau barang kemas takde, takpe.. Tapi kami akan rogol kamu semua.
Minah 1 : Eh..eh.. awak biar betul. Takan nak rogol plak.. Abis tu nenek duk kat seat belakang tu takkan nak rogol jugak..
Nenek duk seat belakang : Oooiii minah.....ko dengar tak mamat tu cakap tadi..dia kata semua kan..so SEMUA laa...

Wednesday, May 11, 2011

IBU DAN ANAK

Firman Allah bermaksud:
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)

orang kata aku lahir dari perut ibu..
bila dahaga,yg susukan aku...ibu
bila lapar,yg suapkan aku..ibu
kata ibu perkataan pertama yg aku sebut...Ma!

bila bangun tidur,aku cari..ibu
bila nangis,org pertama yg dtg…ibu
bila nak bermanja..aku dekati…ibu
bila sedih yg akan memujuk aku...ibu
bila melakukan kesalahan..yg paling cepat marah...ibu

aku selalu teringatkan.. ibu

bila sedih,aku mesti telefon...ibu
bila seronok,org pertama aku nak beritahu…ibu
bila bengang,aku suka luah pd…ibu
bila nak exam,org paling sibuk juga ibu
bila sakit,org paling risau…ibu

yg selalu masak makanan kegemaran aku…ibu
yg selalu simpan dan kemaskan barang2 aku…ibu
yg selalu berleter kat aku…ibu
yg selalu puji aku…ibu
yg selalu nasihatkan aku…ibu

Pesan ibu dulu:
“kalau Sufi dah habis belajar dan berkerja…bolehkah Sufi kirimkan duit untuk ibu?ibu bukan nak banyak…lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah.”

berderai air mata aku pagi ni bila terkenangkan pesanan ibu ni dulu.hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun,aku mampu.aku boleh kirimkan.tapi ibu sudah tiada.aku tidak berkesempatan lagi..bukan lima puluh ringgit…lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan pd ibu!

Hanya yg termampu…Al-Fatihah,Al-Fatihah,Al-Fatihah buat Ibu Tercinta.kepada yg masih punya ibu.hargilah mereka!!!

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.

Tuesday, May 3, 2011

lawak pakcik kena mkn dgn harimau

Pada suatu hari seorang lelaki yang agak berumur bernama Abu merayau-merayau dari satu kedai ke satu kedai. Tujuannya adalah untuk mencari kerja.
Tetapi agak malang kerana disebabkan umurnya yang agak tua, dan waktu tu ekonomi sedang meleset, tidak ada satu tempat pun yang menawarkan kerja untuknya.

Maka Pak Abu yang malang tersebut pulang kerumah menemui isterinya dengan hampa. Isterinya memujuk dan memberi semangat supaya suaminya mencuba lagi tanpa merasa putus asa. Disebabkan terlalu penat suaminya terus melelapkan mata.
Esok paginya, si suami bangun awal-awal pagi, terus keluar rumah untuk mencuba nasib sekali lagi, manalah tahu, kalau kalau hari ni boleh dapat kerja fikirnya. Tetapi ceritanya serupa saja, tak ada siapa yang mahu memberinya kerja.
Walau macamana pun Pak Abu masih tak putus asa, hari seterusnya dia masih lagi pergi dari satu tempat kesatu tempat untuk bertanyakan kerja kosong. Setelah puas mencari tetapi gagal, Pak Abu mengubah taktik dan meminta kerja ditempat lain. Dia pun terus pergi ke zoo.
Pak Abu: Sini ada kerja kosong ke?
Penjaga Zoo: Mana ada kerja kosong sini pakcik.
Pak Abu: Tolonglah dapatkan pakcik apa-apa kerja, pakcik ni orang susah.
Penjaga Zoo: Ginilah pakcik, kalau pakcik nak sangat kerja, sini ada satu kerja, disebabkan banyak sangat binatang disini mati pasal tak cukup makan, nak tak pakcik pakai sarung monyet dan berlakun jadik monyet, tapi kena duduk dalam kandang lah.
Pak Abu: Berapa upahnya?
Penjaga Zoo: Tak berapa mahal pakcik, sehari RM15 je.
Pak Abu: Baiklah nak, daripada tak ada kerja, jadik monyet, monyet lah, janji dapat duit. Asalkan pakcik boleh makan anak beranak.
Penjaga Zoo: Kalau macam tu esok pepagi pakcik kena datang, dekat sini ada sarung monyek, dan pakcik masuk kandang no4, tau!
Pak Abu: Baiklah nak.
Penjaga Zoo: Tapi pakcik kena datang sebelum pukul 7 tau, jangan sampai orang ramai datang dulu dari pakcik.
Pak Abu: Baik nak.
Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi dengan penuh semangat Pak Abu pun pergi ke Zoo tersebut. Penjaga zoo telah pun bersedia menunggunya dan memberikan pakaian monyet pada Pak Abu. Inilah hari pertama Pak Abu bekerja sebagai pelakon. Bukan main semangat dia lagi.
Dengan penuh ceria Pak Abu mengenakan pakaian monyet lalu masuk kekandang no 4. Ceria sungguh, lompat sana , lompat sini, bergayut sana , bergayut sini. Tak lama kemudian orang ramai mula berkunjung ke zoo tersebut, lagilah bermangat Pak Abu, lagi galak dia melompat, lagi pun bukannya orang tahu siapa dalam sarong tersebut, apa nak dimalukan fikirnya.
Berjam-jam Pak Abu melompat kesana kemari tanpa mengenal penat, maklumlah hari pertama kerja. Kadang-kadang Pak Abu tersasul jugak, bersalam pada orang yang datang kekandangnya. Tiba-tiba satu tragedi yang sangat menyayat hati telah berlaku. Tragedi yang amat sedih dan telah memasukkan nama Pak Abu di muka akhbar. Berita yang amat menggemparkan.
Pak Abu terlalu galak melompat, terlajak dan termasuk ke kandang harimau. Harimau tersebut merupakan harimau siberia jantan, dan lebih malang pula harimau tersebut sudah beberapa hari tidak makan. Makanan yang selalu diberikan adalah daging lembu sebanyak lima kilo sehari. Harimau itu sangat lapar. Ia merenung tepat ke arah Pak Abu yang memakai topeng monyet itu.
Pak Abu bergegas bangun untuk melompat semula kekandang asalnya. Tetapi kakinya kaku seolah olah tidak bertenaga. Dia cuba berdiri tetapi jatuh semula, mungkin terkena badi harimau agaknya. Harimau mula memandang tepat kearah Pak Abu, kaki hadapannya mengais ngais kebelakang, sambil mengaum, ia menunjukkan gigi taringnya yang tajam dan berkilat,
Pak Abu menggigil dan terkencing. Mula dia terbayang, begini rupa kesudahan hidupnya, diratah harimau pada hari pertama ia bekerja. Wajah isteri mula terbayang, bagaimana nanti fikirnya, bila isterinya mengambil jasadnya yang mungkin tidak sempurna lagi, koyak sana , koyak sini, robek sana , robek sini, mungkin keseluruhannya berlumuran darah.
Pak Abu lemah tidak bermaya. Harimau setapak demi setapak maju untuk menerkam Pak Abu. Sesekali ia menunjukkan taringnya lagi. Kepalanya mula tunduk tanda bersedia untuk menerkam, punggungnya mula terjungkit naik ke atas, ekornya mula bergoyang goyang, kaki hadapannya mula diluruskan kedepan, kaki belakang mula memasang kuda-kuda.
Pak Abu hanya mengigil dan menangis sahaja, tiada daya seorang tua untuk melawan. Ketika ini nasibnya diserah bulat-bulat kepada Tuhan. Harimau itu mula memasang kuda-kuda untuk menerkam, tiba-tiba, sesuatu yang ajaib telah berlaku, harimau itu boleh bersuara, boleh bercakap, katanya “Janganlah takut Pakcik, saya pun macam pakcik jugak, pakai sarung harimau, cari makan pakcik….”
Bulat mata Pak Abu bila mendengar kata-kata harimau itu.. “La.. orang jugak ke…”