Wednesday, June 9, 2010

sebelom akad nikah

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah
kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila
ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut
sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku
tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.
Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis
macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang
tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu
soalan yang menyebabkan aku malu besar?..

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan
lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2
najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun
angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi contoh
najis besar,
 mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula
tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu?bukannye
susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh
jantan keluar kat dahi?.tok kadi mula senyum? Aku sebut dalam hati moga2 dia
dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati
dia tak dengar.
Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi
kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum
air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun
sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2
aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku
pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya
tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.tapi bila
pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan
gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ? 
taik gajah? besar betul..!!!!

Tuesday, June 8, 2010

KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. 

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia." 

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?" 

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)." Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. 
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. 

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah. 

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."