Saturday, January 30, 2010

Melayu mudah lupa

Melayu
jangan terus layu…Kenapa Melayu Tak Segar?
sebab
melayu tak suka berfikir..
malas nak guna otak kanan dan kiri
suka tengok cerita hantu
kekasihku seru,tower 13,jangan tegur lagi menjadi kegemaran
waktu maghrib dah tunggu depan tv
melayu rajin bergosip sana
sini
kutuk orang ni kutuk orang sana
bukan nak nasihat tapi mengata
tambah2 dosa dan buat dosa kering

melayu suka hiburan
ada af ada malaysian idol
terlebih kuantiti artis melayu
qari dan qariah susah nak jumpa
topup rm60 nak sms undi mila
tabung anak2 yatim dan tabung masjid taknak plak topup
not seringgit pun dah ketar tangan
sibuk cerita artis kawin datuk
apa kena mengena dengan korang?
tak payah nak serabut kepala

dikatakan
miskin marah plak
padahal pakai tak cukup kain
dedah sana
ketat sini
nampak tahi lalat kat dada
body pun apa kurangya
kadang2 mengalahkan j.lo
dikatakan
berasal dari timur
penuh adab,sopan-santun dan lemah-lembut
merdeka sudah 52tahun
kenyataannya masih lagi terjajah
betul melayu mudah lupa?

melayu
suka enjoy2
“asalkan bahagia,ada fulus”
saudara kat palestin tak pernah hirau
hari ni makan kfc, esok Mc d
saudara kat Palestin 3 hari tak makan
best dapat tidur lena ada air-cond
saudara kat Palestin tak dapat tidur kerana ketakutan
anak Melayu main game counter strike
anak Palestin main baling2 batu

melayu
sanggup mati anak
asalkan adat terjaga
padahal ada adat yg bertentangan agama
tak senang hati jumpa bomoh
minta pelaris nak maju
santau saudara sendiri
cucuk kat hidung cucuk kat pipi
macam2 ilmu
last2 bomoh yang kaya, diri yang merana

suka
berlagak dan bermegah
nak jadi datin nak jadi dato
happy go lucky anak jadi artis
sampai jiran sebelah pun dah tak kenal
apa faedahnya?
dapat dosa lagi ada la
happy anak dapat 21A spm xpa la jugak

melayu
memang terer
merokok no1
merempit no2
no3 meragut
membuang masa menjadi hobi
suka releks2
bangun tidur pukul 11pagi
sambil mengeliat dan menguap “hmm..malasnya hari ni”

baiknyahati melayu
berikan peluang pekerjaan kpd org luar
kenapa tak mahu bekerja?
tunggu emas jatuh dari langit?

melayu
memang kuat dan berani
ada gengster badan besar
bermegah ada geng ramai
“kalau berani kacau la line kami”
padahal satu agama,satu bangsa dan 1malaysia
kenapa boleh jadi lawan?
kan lebih
baik teman tapi mesra rakyat

ramai
juga kat disko
release tension katanya
tu cara terbaik
nak lupakan masalah keluarga,kewangan dan masalah kat pejabat
ramai jugak kat lorong haji taib
kesian haji taib nama dia jugak yg busuk

umur
15tahun dah syok2 bercinta
pmr pun belum ambik lagi
pegang tangan perkara biasa
tak tahu malu mungkin kot?
ramai melayu malam 14februari,malam merdeka dan malam tahun baru
hasilnya boleh tengok 9 bulan kemudian
masa tu nangis tak cukup tisu
makayah tak cukup kain tutup muka
ada gak 2bulan tak keluar rumah
lain yang diharap lain yang dapat
tak sejuk perut ibu mengandung
tapi bukan salah ibu megandung

dimana
melayu pada hari Jumaat pukul 1.20pm
ada di rumah mimpi jadi kaya
ada di pejabat kerana letih
ada di shopping kompleks jalan2
pun ada enak menjamu selera di restoran mamak seksyen 16
bukan mimpi tapi kenyataan
solat jemaah di surau pusat serenti makin bertambah jemaahnya
solat jemaah di masjid dua saf pun tak sampai

politik
melayu ada kat mana2
pejabat,rumah, atas jalan raya dan kat toilet apa kurangnya
lepas tu mula la game
hina-menghina, maki-memaki, tipu-menipu
memang betul lidah tak bertulang
jangan salahkan lidah

Nak
Salah Siapa Melayu terus layu?
Ibubapa,cikgu2, ketua kampung atau perdana menteri?
ataupun polis diraja malaysia
dan tok kadi?
tepuk dada tanya iman
bila nak insaf?
bila nak sedar?
bila nak taubat?
jangan tunggu Malaysia
turun salji
jangan tunggu selat melaka terbelah dua
Bagaimana
Melayu nak segar?
al-Quran dan as-sunnah menjadi pegangan
ikutilah akhlak Rasulullah S.A.W

ADA PINTU YANG SENTIASA TERBUKA

Friday, January 22, 2010

Matematik vs Logik

Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L). Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba
mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...

M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku kuatir dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang Logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.

M : Alamak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berjaya tangkap kita. Adoh hai, apa yang harus kita buat?.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.

M : Itu tidak banyak membantu laa, macammana ni.

L : Tentulah tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan berjalan lebih cepat.

M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan kiri dan aku ikut jalan kanan.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya.

Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?

L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau?

L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun lari sekuat tenaga jugak.

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...

M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.

M : Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan seluarnya...

M : Alamak... jadi apa yang berlaku?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh, langkah aku besar, tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu.

M: Ha ha ha ha Memang logik.

Melayu mudah lupa

Melayu
jangan terus layu…Kenapa Melayu Tak Segar?
sebab
melayu tak suka berfikir..
malas nak guna otak kanan dan kiri
suka tengok cerita hantu
kekasihku seru,tower 13,jangan tegur lagi menjadi kegemaran
waktu maghrib dah tunggu depan tv
melayu rajin bergosip sana
sini
kutuk orang ni kutuk orang sana
bukan nak nasihat tapi mengata
tambah2 dosa dan buat dosa kering

melayu suka hiburan
ada af ada malaysian idol
terlebih kuantiti artis melayu
qari dan qariah susah nak jumpa
topup rm60 nak sms undi mila
tabung anak2 yatim dan tabung masjid taknak plak topup
not seringgit pun dah ketar tangan
sibuk cerita artis kawin datuk
apa kena mengena dengan korang?
tak payah nak serabut kepala

dikatakan
miskin marah plak
padahal pakai tak cukup kain
dedah sana
ketat sini
nampak tahi lalat kat dada
body pun apa kurangya
kadang2 mengalahkan j.lo
dikatakan
berasal dari timur
penuh adab,sopan-santun dan lemah-lembut
merdeka sudah 52tahun
kenyataannya masih lagi terjajah
betul melayu mudah lupa?

melayu
suka enjoy2
“asalkan bahagia,ada fulus”
saudara kat palestin tak pernah hirau
hari ni makan kfc, esok Mc d
saudara kat Palestin 3 hari tak makan
best dapat tidur lena ada air-cond
saudara kat Palestin tak dapat tidur kerana ketakutan
anak Melayu main game counter strike
anak Palestin main baling2 batu

melayu
sanggup mati anak
asalkan adat terjaga
padahal ada adat yg bertentangan agama
tak senang hati jumpa bomoh
minta pelaris nak maju
santau saudara sendiri
cucuk kat hidung cucuk kat pipi
macam2 ilmu
last2 bomoh yang kaya, diri yang merana

suka
berlagak dan bermegah
nak jadi datin nak jadi dato
happy go lucky anak jadi artis
sampai jiran sebelah pun dah tak kenal
apa faedahnya?
dapat dosa lagi ada la
happy anak dapat 21A spm xpa la jugak

melayu
memang terer
merokok no1
merempit no2
no3 meragut
membuang masa menjadi hobi
suka releks2
bangun tidur pukul 11pagi
sambil mengeliat dan menguap “hmm..malasnya hari ni”

baiknyahati melayu
berikan peluang pekerjaan kpd org luar
kenapa tak mahu bekerja?
tunggu emas jatuh dari langit?

melayu
memang kuat dan berani
ada gengster badan besar
bermegah ada geng ramai
“kalau berani kacau la line kami”
padahal satu agama,satu bangsa dan 1malaysia
kenapa boleh jadi lawan?
kan lebih
baik teman tapi mesra rakyat

ramai
juga kat disko
release tension katanya
tu cara terbaik
nak lupakan masalah keluarga,kewangan dan masalah kat pejabat
ramai jugak kat lorong haji taib
kesian haji taib nama dia jugak yg busuk

umur
15tahun dah syok2 bercinta
pmr pun belum ambik lagi
pegang tangan perkara biasa
tak tahu malu mungkin kot?
ramai melayu malam 14februari,malam merdeka dan malam tahun baru
hasilnya boleh tengok 9 bulan kemudian
masa tu nangis tak cukup tisu
makayah tak cukup kain tutup muka
ada gak 2bulan tak keluar rumah
lain yang diharap lain yang dapat
tak sejuk perut ibu mengandung
tapi bukan salah ibu megandung

dimana
melayu pada hari Jumaat pukul 1.20pm
ada di rumah mimpi jadi kaya
ada di pejabat kerana letih
ada di shopping kompleks jalan2
pun ada enak menjamu selera di restoran mamak seksyen 16
bukan mimpi tapi kenyataan
solat jemaah di surau pusat serenti makin bertambah jemaahnya
solat jemaah di masjid dua saf pun tak sampai

politik
melayu ada kat mana2
pejabat,rumah, atas jalan raya dan kat toilet apa kurangnya
lepas tu mula la game
hina-menghina, maki-memaki, tipu-menipu
memang betul lidah tak bertulang
jangan salahkan lidah

Nak
Salah Siapa Melayu terus layu?
Ibubapa,cikgu2, ketua kampung atau perdana menteri?
ataupun polis diraja malaysia
dan tok kadi?
tepuk dada tanya iman
bila nak insaf?
bila nak sedar?
bila nak taubat?
jangan tunggu Malaysia
turun salji
jangan tunggu selat melaka terbelah dua
Bagaimana
Melayu nak segar?
al-Quran dan as-sunnah menjadi pegangan
ikutilah akhlak Rasulullah S.A.W

ADA PINTU YANG SENTIASA TERBUKA

Thursday, January 21, 2010

Anak Murid Yang Pandai..

Di dalam sebuah kelas, seorang cikgu tadika bertanyakan
satu soalan,

" Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak
pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?"
Adik Mat mengangkat tangan dan menjawab soalan tersebut,
"Kosong cikgu".
"Kenapa kosong Mat?" Tanya cikgu.
"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."
"Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat. 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir".

Habis kelas, cikgu dengan ikhlas dan murah hatinya belanja
Adik Mat makan aiskrim.
Adik Mat yang sedang menjamu aiskrim itu tiba-tiba bertanya,

"Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Sorang tu
_style_ makan telan semua sekaligus. Yang sorang lagi gigit
sikit-sikit. Perempuan yang last sekali jilat keliling dulu
dan kulum aiskrim sampai habis. Antara 3 orang perempuan tu,
cuma seorang saja dah kahwin.
Yang mana satu cikgu?"

Tergamam cikgu apabila mendengar soalan Adik Mat tu! Tapi
cikgu tetap maintain cool jerk. Dengan berlagak neutral
cikgu pun menjawab,
"Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot yang dah kahwin".
"Salah cikgu! Yang pakai cincin kahwin la yang dah
kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir."

kwang kwang kwang.......

Tuesday, January 12, 2010

Keluhan Seorang Bujang Dan Dara

Ayah ! Ibu ! Tolonglah aku !
Aku ingin kahwin, Tapi tak mampu!
Nak buat kecil-kecilan, Ibu tak setuju.
Apa nak buat, sudah nasibku.
Despatch rider, pekerjaanku
Gajiku pulak, tak sampai seribu..
Tapi bakal isteriku tu, cikgu
Mak dia mintak hantaran, sampai sepuluh ribu !!
Hai.. Aku pun tak tahu..
Apa nak jadi, dengan bangsaku.
Makin jauh dan tenggelam,
Dalam keduniaan dan pembaziran.
Sampai nak kahwin pun, Jadi satu kesusahan.

Aku bukan pelokek, Aku bukan kedekut,
Tapi kalau mahal sangat, Memanglah tak patut !
Bersanding kan adat Hindu,
Apasallah kita ni, dungu ?
Kitakan dah Islam..
Beratus tahun dahulu ?
Kenduri kahwin tu, bukannya salah
Asalkan dibuat, mengikut sunnah
Takde pembaziran, takde bid'ah
Lebih gembira, lebih meriah !
Kalau duit tu, kita buat sedekah
Dirikan masjid ke, atau madrasah
Kan lebih baik, dan barakah ?
Mendekatkan kita, kepada Allah ?
Aku nak kahwin, dan merasa bahagia..
Nikmat bekeluarga, ingin kurasa
Tapi kalau begini, macam mana ?
Boleh jadi papa kedana !
Hai Muslim.. Hai Muslimah..
Bilakah kita, akan berubah ?
Ikutilah cara Rasulullah..
Kan lebih baik, dan diberkati Allah ?

KELUHAN SEORANG DARA!!

Ayah ! Ibu !
Ampunkan Daku !
Bukan Ku Sengaja, Bukan ku Tak Mahu !
Kahwin itu besar pengertiannya
Bukan sekadar suka-suka
Semua orang kahwin minta bahagia
Aku pun mahu berteman juga
Bukan harta benda ataupun rupa
Mahupun bujang atau yang duda
Aku tak kisah tua ke muda
Asalkan baik hati budinya
Ku cuba cari teman sejati

Yang memahami hati ini
Seorang yang berjiwa murni
Teguh peribadi dan positif personaliti
Seorang Muslim yang solehah
Gaya hidup mengikut Sunnah
Menjadi contoh anak isteri
Membimbing keluarga yang mithali
Duit hantaran dan persandingan
Itu semua bukan jaminan mahligai dunia akan aman
Yang penting pernikahan
Adat resam mesti dijaga
Asal tidak melanggar Aqidah
Ramai Melayu masih lupa
Bersanding - dalam Islam memang bercanggah
Buatlah majlis yang sederhana
Ijab kabul biar sempurna
Pasangan mempelai diraikan bersama
Sebagai pengumuman pada semua
Duit hantaran jangan dibazirkan
Buat simpanan masa hadapan
Suami isteri harus muafakat
Agar ekonomi keluarga terselamat!

Wahai Ayah ! Wahai Ibu !
Ku mohon doa ku mohon restu
Biar pun lambat jodoh ku temu

Asal bahagia berkekalan sepanjang hayat ku

kisah...sebuah perpisahan....

Betullah bak kata orang. Bila ada di depan mata, tak pernah di hiraukan. Malahan, tak berterima kasih dan bersyukur langsung akan kehadirannya. Kini, barulah aku sedar akan hakikatnya..aku terpaksa menerima kenyataan yang dia sudah tiada lagi disisiku. Malahan aku terpaksa menerima hakikat bahawa dia bukan milikku lagi.

Sebak di dada kurasakan. Menitis air mataku mengenangkan sejarah silamku dan dia. Tiada siapa yang dapat memahami akan perasaanku yang terluka. Aku menyendiri, tak mahu berjumpa dengan sesiapa. Tak mahu berjumpa dengan mak dan ayah yang telah memisahkan kami berdua apatah lagi dengan wanita yang bakal menjadi isteriku itu. Biarlah aku pendam sebuah luka di hatiku.
Kini, malamku terasa begitu sunyi... tidak seperti dulu sewaktu aku bersamanya.. Sukar untuk aku melelapkan mata. Ku pusing ke kanan,ku pusing ke kiri, tak bisa juga aku melelapkan mata. Dia kembali menerjah ke fikiranku. Oh tuhan... mengapa ini mesti terjadi pada diriku?
Mengapa sanggup kedua ibu bapaku memisahkan kami berdua? Tidakkah mereka tahu hubungan yang terjalin setelah sekian lama ini? Tidakkah mereka mengerti bahawa aku tidak boleh hidup tanpanya? 1400
Aku tak dapat menahan lagi kesedihan yang ku pendam dan sebak di dadaku. Tanpa ku sedari, aku meraung sekuat hati "Kamu semua kejam, kejam, kejaaaaam"
"Kenapa dengan kau ni?"... ayah tiba tiba muncul didepanku. Dalam hatiku seraya berkata "eleh... sudah gaharu cendana pula... sudah tahu bertanya pula orang tua nih". Mak menghampiriku dan duduk disebelahku.
"Man, bukan niat ayah dan mak engkau nak buat begitu. Ini untuk kebaikan kau juga. Takkan bila dengan si Milah tu pun kau nak bawa dia bersama? Apa kata Milah nanti?"
"Apa berdosakah Man kalau Man bawa dia bersama? Kalau Milah sayangkan Man, Milah akan terima dia sebagai madunya. Apa salah dia? Apa salah kami, mak, ayah?"
Tiba tiba ayah naik berang "Tak salah kau kata? Halo... umur tu dah berapa... . kahwin kau minggu depan je lagi. Takkan kau nak bawak bantal busuk kau tu sekali? Mangkuk ayun punya anak".
Aku terkedu tak terkata.

Moral of the story : kalau dah nak kawen tuh... ingat2 laa same... .xkan nak bawak bantal bucuk lagi kot... hehehe!!!

Monday, January 11, 2010

Ibu Dan Isteri Dari Pandangan Seorang Lelaki

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan... " Ibu, ibu... engkau lah ratu hati ku... .."

Kau Ibuku..

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena!
Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak
HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter... . pottttt peeettt pooott ,peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde,
BangZaiiiiii!!! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm!!! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh chatting
sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!! But, the happiness
does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam
"haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya
seperti MATI...

Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense.Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.

Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!


Kau Isteri Ku... .

Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang ... Ibu sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin one of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya memekakkan telinga setiap kali ibu memberi "ceramah percuma". Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan
or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah (for instance if she's gone for a short holiday). Budak-budak sekarang ramai kawan,banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening places.. As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka.

Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul
pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one
to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga,i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala
mandi dah berbau 'assshheemmmm', tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak
boil... Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office,ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite.
Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki... lantai dah berbelak, tak dimop... Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun... . belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri... So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!! And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!! So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you
mothers)... .uuwaaaaaaaa!! sayangi la kaum perempuan krn tanpa mereka anda kehilangan sesuatu,hargai mereka!!!!!!!!!!!!!!!




Hargai lah wanita yang berada di sisi anda... ... ... ...

Orang Kata. Atuk Kata, Aku Rasa

ORANG KATA..
enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.

ATUK KATA..
orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.

AKU RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
exams tu susah,
kena banyak sacrifice,
constant study..past year papers..etc..etc..etc..

ATUK KATA..
exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..

AKU RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!

ATUK KATA..
setiap hari jadi, kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang utk beramal,
bertaubat..

AKU RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..
baru hati puas!

ATUK KATA..
ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

AKU RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
successful people have a good time management,
ada bisnes di kl, new york, tokyo..
masih sempat berkempen utk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!

ATUK KATA..
setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari,
tapi..
ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari
semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA..
yup... .tepat sekali

Sunday, January 10, 2010

10 CIRI-CIRI LELAKI YANG MENJADI IDAMAN KAUM PEREMpuan

10. LELAKI YANG PRIHATIN - Iaitu mendengar dengan teliti apa yangkami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukanmasuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengarbegitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, biladah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduhyang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri t ak perasan..

9. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR - Iaitu yang rajin dan pandai
memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupunkurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasamenghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampaisakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-katamanis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.

8. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA - Kebebasan tu bukankebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasanyang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaumperempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yangdikehendaki,kecuali t ey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja.Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.

7. LELAKI YANG BERHATI-HATI - Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritik an terutama tentang masakankami. Sebab... ketahuilah ye..apabila kaum perempuan itu memasak,mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalaumereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan.Jadi..biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap.
Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le... !!!

6. LELAKI YANG WANGI - Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum
perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O; apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.

5. LELAKI YANG PEMURAH - Dalam erti kata yang lain, lelaki yang
pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.

4. LELAKI YANG TIDAK KISAH - Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah
sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nakmengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masukdalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberikelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makansebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!

3. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU - Inilah ciri-ciri lelaki yangamat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan paduyang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masabersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabilamereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hatitidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perutmereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa
yang memiliki dia kan... !!

2. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN - Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanitapilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atauundian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amatmemahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjagaanak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiahterbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri;
daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk... lebih baik... beralah kan..

1. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA - Inilah ciri lelak i yangmenjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasaveto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensemdaripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Vetoyang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelakiyang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain ituwanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawansuami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yangtak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA
DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.

ADA APA-APA PERBEZAAN Kalau anda tak terasa apa-apa mengikuticarta tersebut..janganlah khuatir, ia tak bermakna anda telah dilali, bebal atau kebal... Ingatlah, semua tu hanyalah CIRI-CIRI LELAKIIDAMAN... . bila kata idaman..ia memang amat jarang menjadi kenyataankan... jadi... kita simpulkan aje carta kita ni dengan satu mutiaraata... pun..ehsan Cik Tona jugak ni... iaitu mutiara kata yang berbunyi...

"SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILALIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"

jika WANITA itu IKAN

IKAN SALMON
Bentuknya ramping, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan. Tapi
sayangnya mahal, biaya operasinya tinggi.
INI WANITA BEKERJAYA.....



IKAN SAPU-SAPU
Jenis ini murah dan selalu melekat di kaca akuarium. Kalau dah melekat,
susah nak 'melepaskan'.
INI GADIS BIASA......



IKAN LELE
Kalo yang ini harganya murah dan boleh dimakan bila-bila saja. Tapi
hati-hati, ada durinya dan harus hati-hati.
INI GADIS JALANAN.......



IKAN AROWANA
Kalau yang ini senangnya berenang-renang di akuarium memperlihatkan
kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya yang indah, renangannya lemah
gemalai dan memancing mata nakal melihatnya di manapun dia berada.....
So pasti harganya sangat mahal kalau ingin memilikinya,....
INI WANITA EXCLUSIVE........



IKAN EMAS
Jenis ikan ini juga mahal, indah bentuknya, warnanya, dan
lenggak- lenggoknya. Sayangnya hanya boleh dikagumi, tak boleh dimakan kerana
terlalu besar risikonya.....
INI BINI ORANG.......



IKAN GABUS
Tersedia selalu, tapi membosankan... Baru enak kalau dimakan
kalau tak ada lauk pauk yang lain....
INI BINI SENDIRI..

Saturday, January 9, 2010

SEORANG GADIS ITU

Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...

Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.

Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ..

Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI

20 sebab kenapa lelaki tak kawin(ade hikmahnye)

1.."Duit lum cukup lagi". Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin". Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati". Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4."Tak datang seru lagi kot". Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5."Banyak sangat halangan". Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6."Belum bersedia la". Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat.
Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. "Ilmu tak cukup la". Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga? soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri". Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul.. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan" . Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.
10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la". Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11."Jodoh tak sampai lagi kot". Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12.."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" . Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan? ..abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka". Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la". Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15."Dia nie suka pasang ramai org sangat". Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak". Pompuan memang camtu..

17. "Nak carik yang solehah lah". Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. "Masalah la". Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la". Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya". Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia

Friday, January 8, 2010

Bermalam Di Katil Seorg Lelaki

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa...lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal.

Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra...menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal...

Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu.

Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut... Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi... ... ...... .....

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa...

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah... ... ... ... ... ...

MOTIF CERITA

Beruntunglah lelaki tersebut kerana menghindarkan diri dari melakukan benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan halal seumur hidup... ..

So apa lagi yg lelaki....kot kot ada awek tersesat.. bakar lah jari korang.. ADA BERANI? Gerenti tak berani punya.... ambik kesempatan dalam kesempitan adalah.....

SIAPAKAH ANDA??

Siapakah orang yang sombong –
-Orang yg sombong adalah orang yg di beri penghidupan tapi tidak mau sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yg ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya
-Orang yg telah mati hatinya adalah orang yg diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikkan namun merasa tidak ada apa-apa kesan didalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dunggu kepala otaknya
- Orang yg dunggu kepala otaknya adalah orang yg tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yg kuat
- Orang yg kuat adalah orang yg dapat menahan> kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
Siapakah orang yg lemah
- Orang yang lemah adalah orang yg melihat akan> kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil
- Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.
Siapakah orang yang buta
- Orang yg buta adalah orang yg tidak mahu membaca dan meniliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli
-Orang yg tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yg baik namun tidak di endahkannya.
Siapakah orang yang sibuk
-Orang yg sibuk adalah orang yg tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yg manis senyumanya
- Orang yg mempunyai senyuman yg manis adalah orang yg di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini". ,sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yg menangis airmata mutiara
-Orang yg menangis airmata mutiara adalah orang-orang yg sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Siapakah orang yg kaya
-Orang yang kaya adalah orang yg bersyukur dengan> apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yg sementara ini.
Siapakah orang yg miskin
-Orang yg miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yg ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yg pandai
- Orang yg pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
Siapakah orang yg bodoh
-Orang yg bodoh adalah orang yg beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunia nya sedangkan akhiratnya di abaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya
-Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakah orang-orang yg mundur hidupnya
-Orang yg mundur dalam hidupnya adalah orang yg tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu
-Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saje yg memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yg rugi
-Orang yg rugi adalah orang yg sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
Siapakah orang yg selalu di tipu
-Orang yg selalu di tipu adalah orang muda yg menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Siapakah orang yg paling cantik
-Orang yg paling cantik adalah orang yg mempunyai akhlak yg baik.
Siapakah orang yg mempunyai rumah yg paling luas
-Orang yg mempunyai rumah yg paling luas adalah orang yg mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yg mempunyai rumah yg sempit lagi di himpit
-Orang yg mempunyai rumah yg sempit adalah orang yg mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yg mempunyai akal
- Orang yg mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa> neraka.
Siapakah orang yg tidak berakal
-Orang yg tidak berakal adalah orang-orang yg menghuni neraka kerana sekiranya mereka di dunia dahulu mengunakan akal mereka bahawa neraka itu tempat azab dan siksa tentu mereka tidak mahu akan masuk neraka.

Wednesday, January 6, 2010

Untuk isteri tersayang due to world cup

untuk isteri / awek/ kekasih tersayang*,


Dimana saja berada

Ayang /Anja / Honey /Darling / Dinda / Intan payung / gunung berapi etc *

1. Seperti yang sedia maklum , abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati ayang tanpa gagal ketika kedatangan period ayang tanpa soal. Abang jaga ayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama? Kini relakah ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?

2. Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 11hb Jun 2010 hingga 11 Julai 2010. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cadangan di bawah ini telah disarankan :-

3. Dalam tempoh tersebut ayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2010 di South Africa. Jika ayang gagal melakukan perkara ini, ayang mungkin rasa terabai jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut. Oleh itu ayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini.

4. Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa ayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran ayang dari bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih chanel yang digemari. Ayang dilarang sama sekali menjerling ke arah remote control pada masa tersebut.

5. Jika ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu tersebut, ayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abang.

6. Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan ayang untuk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada ayang jika ayang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung.

7. Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan bersama abang tetapi ayang hanya boleh bercakap semasa half time atau commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada diambang kekalahan.

8. Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting. Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang tak perlu merungut mengata bahwa gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?

9. Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib bahwa jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas yang memerlukan kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.

10. Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka ayang perlu bersiap sedia dengan kadar segera?

11. Selepas period abang ini abih..ayang dilarang merungut :
siib baik world cup 4 tahun sekali jer? kerana abang telah immune dengan rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English League, Italian League, UEFA League, Piala Malaysia dan lain-lain.

12. Atas kerjasama dan timbang rasa ayang ini, jika pasukan yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut atau bola emas..pandai-pandai la ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah?. Jika sebaliknya? hendaklah ayang turut berduka?.

13. Akhirkata. Majulah sukan untuk negara!.


Abang yang sentiasa menyayangimu walaupun period ayang datang setiap bulan.


Suami / bf / kekasih yang tersayang *

* potong mana yang tidak berkenaan...

Sunday, January 3, 2010

KISAH SEPOHON EPAL

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirehat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu… anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.

“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.

“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pohon epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”

Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…

Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.

“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.

Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.

” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di sekitar mu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.

“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata pohon epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu.”

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon epal itu dengan nada pilu.”

Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirehat,” jawab lelaki tua itu.”

Jika begitu, istirehatlah di perduku,” kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.

Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.

Renungkan bersama kisah ini dan sama2lah kita mengambil iktibar untuk lebih menghargai dan menyayangi kedua ibubapa kita...

ciNTA

Tuhan.....
Saat aku menyukai seorang teman
Ingatkanlah aku bahwa akan ada sebuah akhir
Sehingga aku tetap bersama Yang Tak Pernah Berakhir
Tuhan.....
Ketika aku merindukan seorang kekasih
Rindukanlah aku kepada yang rindu Cinta Sejati-Mu
Agar kerinduanku terhadap-Mu semakin menjadi
Tuhan.....
Jika aku hendak mencintai seseorang
Temukanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu
Agar bertambah kuat cintaku pada-Mu
Tuhan.....
Ketika aku sedang jatuh cinta
Jagalah cinta itu
Agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Tuhan.....
Ketika aku berucap aku cinta padamu
Biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut pada-Mu
Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan karena-Mu
Sebagaimana orang bijak berucap
Mencintai seseorang bukanlah apa-apa
Dicintai seseorang adalah sesuatu
Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah berarti
Tapi dicintai oleh Sang Pencinta adalah segalanya

Mencintai Yang Tidak Sempurna

Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, itulah kesempatan.
Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, itu
bukan pilihan, itu kesempatan.
Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, itupun adalah
kesempatan.
Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, Bahkan dengan
segala kekurangannya, itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.
Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang
terjadi, itu adalah pilihan.
Bahkan ketika kita menyadari bahwa masih banyak orang lain yang lebih
menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu dan tetap memilih
untuk mencintainya, itulah pilihan. Perasaan cinta, simpatik, tertarik,
datang bagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan. Pilihan yang kita lakukan.
Berbicara tentang pasangan jiwa, ada suatu kutipan dari film yang mungkin
sangat tepat : "Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung
pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil"
Pasangan jiwa bisa benar-benar ada. Dan bahkan sangat mungkin ada
seseorang yang diciptakan hanya untukmu. Tetapi tetap berpulang padamu.
Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin Melakukan sesuatu untuk
mendapatkannya, atau tidak...
Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita, Tetapi mencintai dan
tetap bersama pasangan jiwa kita adalah pilihan yang harus kita lakukan.
Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk
dicintai TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna
dengan cara yang sempurna.

Friday, January 1, 2010

hantu-hantu n restoran tomyam....


pontianak,pocong dan toyol da x tertahan lg nk pegi kat restoran tomyam pak usup..
pontianak: weh.. aku dgr restoran tomyam yg baru bukak tu kn.. ummphh!!!!
drakula: ye la.. aku pun terliur.. aku rasa da x nk isap darah lg.. aku nk tomyam lak..
toyol:cakap pun x guna la cik pon.. kte tetap x ley gi sana..
pontianak: aku ade idea laa.. kte kn bley tuka rupe.. smlm aku try da de rupe angelina jolie ckit..
drakula: geliga gak otak ko.. ms aku idop rupe aku mmg cam tom cruise..
toyol: prasan” tp.. aku mane boley.. erm.. cik pon tulun balutkn sy eh..
pontianak: okie.. nk ajak si pocong x?
drakula: xyh la.. yg dier tau lompat2.. x lompat lari bogel.. tu jela(review hantuooo ep lepas2)..
pontianak: tol gak.. okie.. lepas maghrib kte tros tolak..
lepas maghrib.. kat restoran tomyam pak usup.. tom krus(drakula) dtg ngan angelina jolie(pontianak) sambil mendukung bayi(toyol).
pelanggan: wah.. artis datang restoran ni r..
angelina: order please. erm.. i nk tomyam yg plg sedap kat cni..
waiter: okie..(tau ckp mlayu rpenyer)..
50 saat kemudian.
waiter:siap cik..
tom: wah.. cam sedap neh.. biar aku mencekik dlu..
sorg pelanggan nmpk sesuatu…
pelanggan: wah!!! tom cruise ade taring panjang!!!
suasana senyap sunyi… drakula pun panic.. dengan spontannyer dier patahkan kedua2 taringnyer..
tom: ii.. ini..cu..cuma.. taring palsu.. sy baru balik dari penggambaran cite jaws tu.. sy r yg jd jaws tu..
pelanggan: (jaws ade taring???!!!).. oooOOoOOoo..
keadaan kembali sedia kala..
angelina: tu r ko.. mkn x reti nk cover.. biar aku lak mkn..
pontianak habiskn satu mangkok besa tomyam skali hirup.. akibat x tahan pedas.. air mata pontianak kuar..
air mata darah!! sorg pelanggan nmpk…
pelanggan: wah!! angelina kuar air mata darah!!!
sume pelanggan tkezut.. suasana jd riuh.. pontianak pun mule menggelabah..
angelina: sa..saya.. rindukan mak sy!! da lame x jumpe dia di england..
pelanggan :o oOOoo..(tp nape air mata darah???!!)..
keadaan jd tenang semula.. toyol yg da x tahan kelaparan trus melompat atas meja utk mencekik tomyam..
sorg lg pelanggan nmpk..
pelanggan:wahh!! anak dier kaler ijau!!
sume menjadi panic.. ade separuh yg bangun utk melarikan diri..
angelina: er..anak sy ni baru je balik penggambaran cite incredible hulk ni.. kami juz nk wat surprise kat cni..
pelanggan:oooOOoo.. hebat la lakonan kamu.. kami sume panic td.. haha..
keadaan jd ok balik.. tanpa disedari oleh para hantu-hantuoo, azan isyak pun berkumandang..
pontianak, drakula & toyol: warRRrrgGGghhHH!!!!!!!!!!!!(terbakar).
semua pelanggan berdiri sambil bertepuk tgn dan bersorak sbb ingatkn tu lakonan dari mreka lg..

kisah bapak n ank pompuan

 Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia
lebih
> kurang macam ni la...
> Bapak : Siti, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
> Siti : Ya bapak, ada apa?
> Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.
> Siti : Apa?!! (isk bapak aku ni..lain macam jerr)
> Bapak : Bapak kata.....
> Siti : Ya bapak, Siti dengar... Cuma Siti tak percaya apa yang bapak kata
> ni.
> Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua
> tingkap.
>
> Siti pun dalam ragu-ragu tu..dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh.
> Sambil tu dok pikir gak laa..apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah
> takder sapa...tinggal diorang berdua jerr.
> Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh heh...
> Siti : Eh bapak, Siti kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis
> aaaa.
> Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!! Jangan bagi bapak
> berkasar.
>
> Siti pun terpaksa la duduk jugak...hati dia takleh cakap laa...berdebar
> giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.
> Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh.. mai masuk dalam
> selimut bapak plak.
> Siti : Apa?!!
> Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu
> karang aaa.
> Siti : Bapak... Siti takut laaa. (nak nangis)
> Bapak : Siti, tengok ni
>
> Siti tak sanggup nak tengok...dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok
> buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon
> nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Siti teringin gak la nak tengok.
> Dia pun bukak la mata sikit-sikit. Dia pun nampak laaaa ........
>
> Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap.
> Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.