Tuesday, March 30, 2010

Pesanan seorang isteri oleh Puteri ChaCha

1.Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama
> isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami

> 2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-
> luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat
> di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi
> yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

> 3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri
> menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri
> anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

> 4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama
> suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

> 5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih
> dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-
> berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam
> maharaja.

> 6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax
> sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
> dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata
> dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan
> rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

> 7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk
> isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor
> ikan sekerat, janggut sotong, ekor taugeh. Frust, tau tak!

> 8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,
> kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
> best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan
> isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih
> berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan
> isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak
> tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

> 9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang
> semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin
> dulu.

> 10. Jangan kentut depan isteri. Hairan yee, masa bercinta dulu
> kenapa boleh control kentut?

> 11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma
> main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
> sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

> 12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Sekali
> atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada,
> sayur dsbnya.

> 13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,
> jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya
> perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan,
> selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau awak kawin dengan
> perempuan kedekut, itu bodoh awak sendirilah).

> 14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
> dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul
> sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil
> sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke nak
> buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

> 16. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
> dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
> Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

> 17. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka
> pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri
> tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk
> kepentingan diri sendiri. You all memang dengki!

> 18. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
> boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,
> jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

> 19. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
> baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati
> nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?
> Jiran sebelah rumah awak?

> 20. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.
> Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri
> nak mampus pun tak perasan.

> 21. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
> Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
> isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
> menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku
> bila dah mati nanti.

> 22. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti
> yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
> kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
> tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
> kemungkinan suami juga masuk neraka tapi kalau isteri masuk syurga
> belum tentu suami pun masuk syurga. ! Ini bukan rekaan saya tapi saya
> dengar dari seorang ustaz.

> 23. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
> rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
> suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
> (kalau isteri tak nak balas, salah awaklah kawin dengan perempuan
> kepala batu).

> 24. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau
> perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang
> pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan
> bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh
> menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum
> lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
> perempuan ni enteng sahaja.

No comments: