Kala bercinta, ada saja yang akan jadi penghalang, sama ada besar atau kecil. Kita tak akan dapat mengelak. Cinta yang dibina akan diuji keutuhannya dengan pelbagai situasi.
Kunci kepada kebahagiaan bercinta adalah kepercayaan dan kejujuran. Jika salah satu tiada, maka akan pincanglah cinta. Cinta membuat kita sentiasa bersemangat.
Apa nak buat jika teman Anda asyik sibuk dengan kerja, tapi dalam masa yang sama mengambil berat hal Anda? Anda juga mahu seperti orang lain yang sedang bercinta, ada masa untuk jalan-jalan bersama dengan teman Anda, berborak, berbual kosong, menonton wayang bersama atau membeli-belah bersama terutama di hujung minggu.
Tapi, niat itu terpaksa dibatalkan hanya kerana waktu kerja teman Anda amat panjang. Anda pula, tak tahu nak buat apa untuk mengatasi keadaan itu.
Bagi saya, paling penting adalah, jaga kejujuran dan keikhlasan dalam proses bercinta walaupun jarang berjumpa. Sebab, apa saja boleh berlaku. Bila-bila masa, dia atau Anda boleh berubah. Sebab itulah mengapa sikap jujur dan ikhlas perlu dijaga sehabis baik.
Selepas itu, usaha sekuat mungkin menggembirakan teman Anda, kerana dalam masa yang sama, Anda membuat jangka hayat perhubungan cinta itu jadi lebih panjang, terlelak dari risiko putus di tengah jalan. Walaupun masa kerja teman Anda panjang hingga membuat dia kurang mengingati Anda, sabarlah sebab Anda tak boleh buat apa-apa untuk mengubahnya.
Tujuan kita bercinta adalah untuk jadi gembira. Walaupun ada orang kata cinta ni menyakitkan, tapi dari apa yang saya kaji, orang yang gembira kerana cinta, hidupnya bahagia.
Bila dah bahagia, dia cepat mencapai kejayaan dalam kerjaya dan kewangannya. Bahkan, dia mencapai kejayaan demi kejayaan hanya kerana dia gembira dek penangan cinta. Cinta tak terhad pada cinta untuk kekasih. Cinta juga boleh Anda berikan pada mak dan bapa, adik beradik juga ahli keluarga lain.
Jaga emosi dan fikiran. Fikirlah yang baik-baik, moga dimunculkan situasi yang baik-baik dalam kehidupan Anda. Emosi, biarlah selalu yang baik-baik saja, yang positif saja.
Seboleh mungkin, elak pergaduhan atau konfrontasi ketika sedang bercinta. Jika pernah berlaku walaupun sedikit, maka perhubungan itu berisiko besar putus ditengah jalan. Sikap pemaaf jadi penyelamat.
Usahalah menggembirakan teman Anda tanpa mengharap balasan sebab teman Anda akan berbuat perkara yang sama juga pada Anda. Bila kedua-duanya dah saling memberi, pasti cinta itu akan sampai ke jinjang pelamin.
Jarang berjumpa tak semestinya menghalang Anda dari merasa bahagia bercinta.
No comments:
Post a Comment