Tuesday, December 1, 2009

WAHAI PARA KODOK

Wahai para kodok..
aku tidak mengajarkanmu melompat
kerana engkau pandai melompat

Wahai para kodok ..
aku tidak mengajarkanmu berenang
kerana engkau mahir berenang

Wahai para kodok ..
aku mengajakmu untuk terbang
kerana aku melihat burung yang berterbangan ..

Wahai para kodok ...
inilah sarang para burung ..

naiklah dipunggung di salah satu burung ini
maka engkau pun diajak terbang ..

sebelum engkau naik punggung sang burung
persiapkan payungmu sendiri ..

agar ketika engkau jatuh ..
engkau masih memiliki payungmu sendiri ..

ketika itu ..
engkau pun akan merasakan ...
dapat terbang sendiri ..

tidak lagi ikut dengan burung ..
engkau telah berada di angkasa ..

biarkan angin membawamu kemana saja ..
nikmati ketidak berdayaanmu ..

engkau akan melihat dunia ini ..
dengan pandangan yang berbeza ..

bukan lagi pandangan di dalam tempurung ..
pandangan di luar tempurungmu ..

No comments: